Adun Bukit Gasing cadang tetapkan sasaran vaksin secara bulanan


Kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin yang menafikan kadar vaksinasi Malaysia lembap tidak begitu menyakinkan, kata Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 April, 2021.

KERAJAAN perlu membentang sasaran imunisasi Covid-19 secara bulanan supaya orang awam boleh mengukur sama ada sasaran 80% penduduk menjelang Disember akan tercapai, kata Adun Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran.

Kaedah itu lebih baik daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sering mengulang-ulang vaksinasi Malaysia “tidak lembap”.

“Bagaimana kita begitu pasti? Sasaran yang ditetapkan kerajaan adalah 80% penduduk menjelang Disember untuk mencapai imuniti kelompok.

“Khairy perlu telus kepada orang awam, perlu ada maklumat harian supaya sasaran 80% tercapai,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kenyataan Khairy yang menafikan kadar vaksinasi Malaysia lembap tidak begitu menyakinkan.

Jelasnya lagi, mudah bagi sesiapa sahaja mendakwa program imunisasi berjalan mengikut jadual tanpa membentang secara terperinci.

Kerajaan bukan sahaja bertanggungjawab untuk menenangkan rakyat mengenai kelancaran pemberian vaksin, tetapi juga membina keyakinan kepada pelabur dalam usaha memulihkan ekonomi, katanya Rajiv. – 22 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen