SEBANYAK 11 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan empat daripadanya melibatkan institusi pendidikan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata tiga daripada empat sekolah itu merupakan sekolah kerajaan.
Terdapat juga tiga kluster baharu berkaitan komuniti, dua dari tempat kerja dan satu acara keagamaan.
Tiga kluster sekolah kerajaan melibatkan:
1. Pengkalan Batik, di Malacca, dengan 37 kes,
2. Jalan Anggerik 21, di Johor, dengan 13 kes, and
3. Anggerik Cempaka, di Kedah, dengan 6 kes.
Kluster pendidikan keempat melibatkan institusi pendidikan di Selangor mencatatkan 50 jangkitan.
Bagi tiga kluster komuniti, kesemuanya dikesan di Sarawak iaitu:
1. Sungai Lemayong, dengan 69 kes, paling banyak daripada keseluruhan kluster hari ini.
2. Taman Mesra Bako, dengan 50 kes, dan
3. Duranda Emas, dengan 19 kes.
Dua kluster tempat kerja adalah Pintasan Kampung Jawa melibatkan sebuah kilang di Pulau Pinang dengan 30 kes dan Putra Tiga melibatkan kakitangan di sebuah pejabat pentadbiran di Putrajaya yang mencatatkan lapan jangkitan.
Kluster pusat tahanan adalah Pagar Sipit Dua di Kota Tinggi, Johor yang merekodkan 36 kes.
Kluster agama adalah Jalan Perai Jaya di Pulau Pinang dengan 11 jangkitan.
11 kluster baharu ini menyumbang 329 kes kepada jumlah hari ini iaitu sebanyak 2,340 kes baharu.
Penambahan kluster baharu juga mejadikan jumlah keseluruhan di negara ini sebanyak 1,552.
Daripada jumlah ini sebanyak 343 aktif dengan 67 daripadanya masih melaporkan kes baharu setiap hari.
Kluster yang melaporkan paling banyak kes baharu hari ini adalah Kok Lanas dengan 78 kes diikuti Jalan Khidmat (72 kes) dan Sungai Lemayong yang baru dikesan (65 kes).
Lapan kluster juga berakhir hari ini. – 21 April, 2021.
Komen