Penerima perlu kongsi pengalaman vaksin dengan kami, kata pakar di Sarawak 


Desmond Davidson

TINDAKAN penerima vaksin di Sarawak yang berdiam diri selepas menerima suntikan menyebabkan pihak berkuasa kesihatan tidak tahu mengenai kemungkinan ada kesan sampinganm kata Dr Radziah Mohamad.

Radziah, yang merupakan penolong pengarah kanan, bahagian pembangunan kesihatan keluarga di Jabatan Kesihatan Sarawak, mengatakan tidak seorang pun yang telah diberi vaksin sejak dua hari lalu melaporkan kesan sampingan yang mungkin mereka alami setelah mendapat suntikan.

“Kami tertanya-tanya mengapa dalam dua hari ini tada pelaporan AEFI (kesan sampingan selepas imunisasi),” katanya pada program kempen vaksinasi Covid-19.

“Kami mahu semua orang melaporkan sebarang kesan sampingan yang dialami mereka walaupun ianya ringan, seperti sakit selepas suntikan atau demam.”  

Radziah berkata memandangkan vaksin Covid-19 adalah vaksin baharu, pihak berkuasa kesihatan dan pakar seperti beliau mahu tahu bagaimana kesan ke atas orang yang sudah menerimanya. 

“Tiada laporan tidak bermakna ianya situasi yang baik.”

Beliau merayu kepada mereka yang sudah divaksin agar berkongsikan pengalaman dengan memuat naiknya ke aplikasi MySejahtera.

Sebagaimana di negeri lain Sarawak kini menjalankan program vaksinasi fasa kedua. – 21 April, 2021.

Berita penuh di sini.

 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen