GAJI, peluang pekerjaan dan pegangguran menjadi isu utama yang bermain di fikiran pengundi, menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaya.
Kajian yang dijalankan antara Julai dan Disember tahun lalu menunjukkan pekerjaan dan pendapatan menjadi kepentingan pengundi berbanding rasuah, agama atau pendidikan.
Jenayah dan keselamatan adalah di tempat kedua diikuti dengan integriti dan rasuah.
Kenaikan harga barangan dan kenaikan kos sara hidup di tangga keempat.
Isu yang yang turut menjadi kebimbangan pengundi adalah: pendidikan, kenaikan harga rumah, hak keistimewaan Melayu dan Islam, pendatang asing dan pekerja asing, kebebasan beragama serta isu yang dipolitikkan oleh ahli politik.
“Ini hanya pendahuluan. Kami akan keluarkan butiran lebih lanjut dalam beberapa minggu lagi,” kata ketua penyelidik Prof Dr Awang Azman Awang Pawi ketika dihubungi hari ini.
Kaji selidik itu membabitkan soal selidik dan kumpulan fokus terbuka kepada 1,550 responden di 12 kawasan Parlimen di seluruh negara. Parlimen yang terlibat adalah Jerlun, Permatang Pauh, Kuala Krai, Kuala Terengganu, Sepang, Bandar Tun Razak, Gelang Patah, Pasir Gudang, Penampang, Semporna, Petra Jaya dan Bandar Kuching.
Daripada 12 kerusi yang dikaji, tiga adalah kerusi Barisan Nasional selebihnya adalah pembangkang - PKR (2). Amanah (2), DAP (2), Warisan (1), PAS (1) dan Bebas (1).
“Keputusannya adalah purata, yang mana Parlimen lain mempunyai keutamaan berbeza dalam kalangan pengundinya,” kata Awang Azman, yang merupakan ahli fakulti Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Isu pekerjaan dan pendapatan menjadi kebimbangan utama kebanyakan kawasan Parlimen luar bandar. Penduduk bandar lebih cenderung kepada isu pendidikan berbanding dengan penduduk luar bandar, menurut dapatan kajian itu.
Banyak kawasan Parlimen laur bandar seperti Jerlun melihat kepada kenaikan kos sara hidup sebagai kebimbangan utama.
Kadar pengangguran negara adalah 3.4% pada Oktober 2017, menurut Jabatan Perangkaan.
Golongan belia di Malaysia terdiri daripada 30% tenaga buruh dan lebih separuh lagi pekerja yang tidak bekerja.
90% daripada belia yang tidak bekerja berkata, kadar gaji terlalu rendah, menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center pada September.
Bagi mereka yang bekerja, purata gaji sluruh negara catat pertumbuhan 1.3%, menurut laporan yang dikeluarkan bulan lalu oleh firma perunding pengurusan global, Korn Ferry Hay Group (Korn Ferry).
Gaji median rakyat Malaysia meningkat 3% antara 2015 dan 2016, menurut laporan Gaji dan Pendapatan Jabatan Perangkaan 2016, iaitu laporan yang baru diterbitkan.
Bagaimanapun, dengan kadar inflasi 2.1% pada 2016, kadar gaji sebenar pada 2015-2016 hanya naik 0.9% kepada RM1,959, atau RM17 sebulan.
Di Malaysia, 85% pendapatan isi rumah datang daripada gaji dan pendapatan.
Isu rumah di Malaysia paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang berlaku kerana kekurangan rumah mampu milik, kata Bank Dunia dalam laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia yang dikeluarkan bulan lalu.
Laporan itu menyebut inflasi memberi kesan kepada isi rumah berpendapatan rendah, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar, yang terpaksa berbelanja sebahagian besar pendapatan mereka kepada barangan dan perkhidmatan yang menyaksikan kenaikan harga signifikan.
Isu rumah berpendaptan rendah Malaysia membelanjakan 40% pendapatan mereka kepada makanan, berbanding 25% bagi golongan berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Ketika membentangkan Bajet 2018 Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Najib Razak berkata pekali Gini negara, ukuran pengagihan pendapatan di kalangan penduduk, meningkat daripada 0.441 pada tahun 2009, apabila dia mengambil alih kuasa, kepada 0.399 pada 2016.
Bagaimanapun, harga makanan dan perkhidmatan meningkat berikutan nilai ringgit yang rendah, inflasi dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melembabkan kuasa membeli isi rumah, menurut pakar ekonomi.
Dalam satu laporan Oktober lalu pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Zakariah Abdul Rashid berkata, kadar inflasi yang tinggi memberi kesan kepada kuasa membeli rakyat Malaysia.
“2017 adalah tahun harga tinggi. Fenomena inflasi yang tinggi menyumbang kepada pendapatan sebenar lebih rendah,” katanya.
Kadar inflasi telah purata 4% dalam lapan bulan pertama tahun ini, yang dianggap tinggi, katanya.
Sebagai perbandingan, inflasi utama Malaysia, seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna, ialah 2.1% pada 2016.
Memetik data Jabatan Perangkaan, Zakariah berkata kenaikan sebenar bagi pendapatan isi rumah antara 2014 dan 2016 mungkin hanya 3.7%.
Beliau berkata satu cara untuk mengurangkan beban di kalangan golongan berpendapatan rendah akan menaikkan gaji minima dari RM1,000 sekarang di Semenanjung Malaysia, dan RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan. – 6 Januari, 2018.
Komen