Gaza catat kes korban harian Covid-19 tertinggi


Bagi mengekang penularan wabak itu, pihak berkuasa Gaza melaksanakan beberapa langkah ketat bermula awal Ramadan termasuk melarang majlis perkahwinan dan tidak dibenarkan keluar selepas 7 malam. – Gambar EPA, 18 April, 2021.

SEMANJUNG GAZA mencatatkan kes kematian Covid-19 paling tinggi ketika wilayah Palestin itu bergelut untuk mendapatkan vaksin susulan sekatan Israel.

Semasa gelombang pertama Covid-19 pada awal tahun lalu, Gaza tidak terjejas teruk kerana tiada pergerakan keluar masuk ke wilayah itu.

Namun pada Ogos, kes mula direkodkan di kem pelarian yang padat, sekali gus memaksa pihak berkuasa Hamas melaksnakan perintah berkurung dan langkah kesihatan yang lain.

Hari ini, kementerian kesihatan Gaza mengumumkan 23 kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan keseluruhan angka korban berjumlah 761 orang.

Gaza hanya mendapat bekalan vaksin sebanyak 80,000 dos berbanding dua juta populasinya.

Bagi mengekang penularan wabak itu, pihak berkuasa Gaza melaksanakan beberapa langkah ketat bermula awal Ramadan termasuk melarang majlis perkahwinan dan tidak dibenarkan keluar selepas 7 malam. – AFP, 18 April, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen