Kebanyakan sekolah di Sarawak buka walaupun Covid-19 tinggi, kata Uggah


Desmond Davidson

Sebarang penutupan akan dilakukan secara selektif dan keputusan untuk menutup sekolah tertentu mungkin diumumkan esok atau selewat-lewatnya pada Isnin, kata Uggah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2021.

TIDAK akan ada penutupan besar-besaran sekolah di Sarawak walaupun negeri ini mencatat jumlah kes baharu yang tinggi setiap hari, kata pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Douglas Uggah.

Katanya, sebarang penutupan akan dilakukan secara selektif dan keputusan untuk menutup sekolah tertentu mungkin diumumkan esok atau selewat-lewatnya pada Isnin.

Katanya, jawatankuasa bencana, atas saranan yang dibuat bersama oleh jawatankuasa bencana wilayah masing-masing dan jabatan pendidikan daerah, telah menyerahkan senarai sekolah yang harus ditutup kepada Jabatan Pendidikan negeri untuk membuat keputusan.

“Kami telah menyerahkan kepada mereka jumlah sekolah (akan ditutup). Kami sedang menunggu keputusan mereka,” katanya ketika menjawab soalan pada sidang media mengenai pandemik di negeri ini hari ini.

Terdapat seruan dari ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka di tengah-tengah laporan jangkitan yang dikesan di sekolah.

Hari ini 101 kes dikesan di sekolah menengah di Ulu Balingian di tengah Sarawak dan 20 di sekolah rendah agama di Sibu.

Semalam, terdapat 99 kes yang dilaporkan di politeknik Mukah.

Uggah berkata tidak ada alasan untuk menutup sekolah di kawasan hijau. - 17 April 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen