Lapan kluster Covid-19 dikesan, tiga melibatkan institusi pendidikan


Ragananthini Vethasalam

Noor Hisham juga mengumumkan kluster Pulau Pisang, Bukit Marak, Dagang Permai, Perusahaan Jalan Bukit, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Rawang, dan Teratai kini telah berakhir. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 April, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan lapan kluster baharu Covid-19, termasuk tiga melibatkan institusi pendidikan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga menyatakan tujuh kluster telah tamat.

Dengan ini, katanya jumlah kluster aktif di negara ini kini berjumlah 347.

Beliau berkata dua kluster pendidikan ditemui di institusi di Sarawak.

Noor Hisham berkata, kluster Ulu Balingan di Selangau melaporkan 101 kes manakala kluster Jalan Disa di Sibu mencatat 20 kes.

Katanya, kluster Jalan Maktab dengan sembilan jangkitan adalah kluster pendidikan ketiga dilaporkan hari ini.

Katanya, kluster itu melibatkan kes di daerah Sepang dan Hulu Langat, Selangor dan juga di Putrajaya.

Selain itu, kementerian juga melaporkan satu kluster yang berasal dari jangkitan komuniti.

Noor Hisham berkata, kluster yang dikenali sebagai Seri Kuantan melaporkan 18 kes, tersebar di seluruh negeri di Kuantan, Pahang dan Cheras, Kuala Lumpur.

Katanya, tiga kluster lain dilaporkan hari ini berkait dengan tempat kerja seperti institusi awam dan pusat perkhidmatan.

Beliau berkata Sabah melaporkan dua kluster tempat kerja sementara Sarawak dan Johor masing-masing melaporkan satu.

Noor Hisham juga mengumumkan kluster Pulau Pisang, Bukit Marak, Dagang Permai, Perusahaan Jalan Bukit, Jalan Lapangan Terbang, Jalan Rawang, dan Teratai kini telah berakhir. – 17 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen