Malaysia catat 2,331 kes baharu Covid-19, Selangor paling tinggi


Kes keseluruhan jangkitan Covid-19 kini meningkat kepada 372,859 selepas 2,331 kes baharu direkodkan. – Gambar EPA, 16 April, 2021.

MALAYSIA merekodkan 2,331 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan Selangor kembali mencatat kes paling tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes keseluruhan jangkitan wabak itu kini meningkat kepada 372,859.

Katanya Selangor mencatatkan 751 kes jangkitan disusuli Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

Sejumlah 225 kes direkod di Kelantan, Sabah (163), Pulau Pinang (116), Johor (100), Negeri Sembilan (89), Kedah (45), Perak (42) dan Pahang (20).

Melaka pula mencatat sembilan kes, Putrajaya (empat), Labuan (dua) dan Perlis (satu) manakala tiada kes baharu di Terengganu dalam tempoh 24 jam lepas.

Sementara itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata 1,832 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif ialah 352,395 kes.

Lima lagi kematian direkodkan melibatkan warga tempatan berusia antara 61 dan 86 tahun iaitu dua kematian masing-masing di Selangor dan Sabah serta satu di Sarawak menjadikan kumulatif kematian kini 1,370 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan kini berjumlah 19,094 manakala 225 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 92 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata lapan kluster baharu dikenal pasti melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster sekolah atau institusi pendidikan dan satu kluster komuniti.

Kluster tempat kerja ialah kluster Jalan Ding Lik Kwong (Sarawak), Jalan Damai Tawau (Sabah), Bukit Quoin (Sabah), Jalan Wawasan Lima (Johor), kluster sekolah atau institusi pendidikan dikenali sebagai Ulu Balingian (Sarawak), Jalan Disa (Sarawak), Jalan Maktab (Selangor) dan kluster komuniti ialah Seri Kuantan (Pahang). – 17 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen