Malaysia kaji data keberkesanan vaksin, kata Khairy


Khairy berkata demikian sebagai respon kepada tweet mengenai sama ada tambahan dos dengan teknologi terini perlu diberikan jika suntikan sebelum tidak efektif terhadap virus itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2021.

MALAYSIA sedang mengkaji data mengenai keberkesanan vaksin terhadap varian baharu Covid-19, kata Khairy Jamaluddin.

“Kita sedang kaji data dunia nyata mengenai keberkesanan vaksin melawan varian baharu. Kontrak kita dengan Pfizer menetapkan kita akan dapat vaksin terkini jika mereka mula hasilkannya untuk melawan varian baharu,” kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tweet mengenai sama ada tambahan dos dengan teknologi terini perlu diberikan jika suntikan sebelum tidak efektif terhadap virus itu.

Baru-baru ini pihak berkuasa kesihatan melaporkan dua varian, iaitu Afrika Selatan B.1.351 dan United Kingdom B.1.1.1.7 telah memasuki Malaysia.

Setakat ini, lima kes UK B.1.1.7 dan 17 kes yang dijangkiti varian Afrika Selatan telah dilaporkan di Malaysia.

Berbagai kajian menggambarkan B.1.351 memiliki kemampuan untuk menghindari antibodi dari serum vaksin, sehingga menjadikan vaksin kurang efektif melawan virus. – 17 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen