KKM kesan 7 kluster baharu Covid-19


KKM berkata KKM mengesan tiga kluster melibatkan tempat kerja seperti kilang, institut awam dan pusat hiburan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 April, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan tujuh kluster baharu Covid-19 termasuk dua yang dikaitkan dengan pusat tahanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak tujuh kluster juga diisytiharkan tamat hari ini.

Katanya ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif kekal 346.

Beliau berkata kluster Imigresen melibatkan pusat tahanan di di Sandakan Sabah merekodkan 55 kes manakala satu lagi pusta tahanan di Lenggeng, Seremban membabitkan 70 kes.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata satu majlis sosial mencetuskan kluster Jepak dengan 50 kes jangkitan selepas kluster itu dikesan di Bintulu, Sarawak.

KKM juga melaporkan satu kluster pendidikan daripada 18 kes jangkitan yang dikesan di Bentong, Pahang.

Kluster itu dikenali sebagai Sri Layang dan dikesan di sebuah institut yang terletak di kawasan yang sama nama.
 
Dr Noor Hisham berkata tiga kluster lagi melibatkan tempat kerja seperti kilang, institut awam dan pusat hiburan.

Ketiga-tiga kluster itu masing-masing dikesan di Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur. – 16 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen