KLUSTER Covid-19 berkait dengan institusi pendidikan mendominasi senarai hari ini iaitu merangkumi satu pertiga daripada 15 kluster yang dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam daripada 15 kluster yang dilaporkan hari ini diklasifikasi sebagai penularan komuniti manakala selebihnya adalah berkait dengan tempat kerja.
Daripada jumlah ini, lima kluster tempat kerja dikaitkan dengan kemudahan pendidikan.
Kelantan menyumbang empat kluster baharu berkait dengan kemudahan pendidikan.
Kluster itu adalah Kampung Bunut Sarang Burung (50 kes), Kampung Domis (40 kes), Kampung Labuk (9 kes) dan Kampung Kok Lanas (31 kes).
Kluster institusi pendidikan kelima dikenali sebagai Jalan Labuk Tiga dikesan di Sandakan dan Lahad Datu, Sabah. Kluster ini merekodkan 15 kes.
Sabah turut melaporkan satu lagi kluster tempat kerja manakala Selangor melaporkan dua kluster tempat kerja.
Kuala Lumpur menyaksikan satu kluster tempat kerja.
Kluster ini dikesan di kilang, pusat servis dan restoran.
Kluster Taman Rakyat di Dungun melaporkan 25 kes. Kluster ini merupakan antara tiga kluster yang berkait dengan perhimpunan sosial yang dilaporkan hari ini.
Dua lagi kluster adalah Biah Ksim di Keningau dan Melangkop Tomis di Kota Belud dan Tuaran. Kedua-dua kluster dari Sabah ini melaporkan 10 kes.
Sementara itu, kluster Bechah Semak di Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan (36 kes) dan Jalan Cempaka Putih di Kulai dan Kota Tinggi (sembilan kes) dikesan dari kes indeks bersimptom.
Satu lagi kluster komuniti adalah Kampung Pokok Machang yang melaporkan 14 kes.
Kluster berkaitan pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk menyaksikan penularan kes di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim, Kedah.
Dr Noor Hisham turut mengisytiharkan 10 kluster sudah tidak aktif menjadikan jumlah kluster di negara ini 346.– 15 April, 2021.
Komen