India catat lebih 200,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam


INDIA mencatatkan 200,739 kes baharu Covid-19 dalam 24 jam lalu, peningkatan harian terbesar sejak pandemik tercetus, lapor Sputnik.

Kementerian Kesihatan India pada Khamis berkata jumlah mereka yang disahkan positif Covid-19 mencecah 14,074,564 kes. 

Dalam tempoh sama, angka kematian meningkat sebanyak 1,038 kepada 173,123 orang.

Lebih 12.42 juta pesakit pulih sejak wabak mula menular. – Bernama, 15 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen