7 kluster baharu Covid-19 dikesan, 6 berkait tempat kerja 


Ravin Palanisamy

Tujuh kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini kepada 1,485.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 April, 2021.

TUJUH kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, enam daripadanya berkait tempat kerja termasuk dua pusat pendidikan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster tempat kerja baharu dikesan di Sabah, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah.

Tujuh kluster berkait dengan penularan komuniti di Selangor.

Tujuh kluster berkenaan menyumbang 122 kes jangkitan Covid-19 hari ini, dan enam kluster tempat kerja menyumbang 102 kes.

Dua kluster adalah pusat pengajian di Permatang Berangan di Kedah, dengan 28 orang dijangkiti, dan kluster Jalan Khidmat yang dinamakan sempena lokasi pusat pengajian di Sabah yang merekodkan 24 jangkitan.

Juga di Sabah ialah kluster Batu Sepuluh di institusi awam dengan 16 kes.

Kluster tempat kerja lain dikesan di Jalan Mohd Taib di Selangor dengan 10 kes; Jalan Sempilai di Pulau Pinang dengan 14 kes dan Jalan Gapam di Melaka dengan 10 kes.

Satu-satunya kluster komuniti dikesan di Selangor iaitu kluster Jalan Sahadi yang berpunca daripada acara sosial. Kluster ini melaporkan 20 kes.

Noor Hisham berkata tujuh kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster di negara ini kepada 1,485 yang mana 341 adalah aktif dan 72 melaporkan kes baharu.

Kluster melaporkan kes terbanyak hari ini adalah Tembok Sri Aman dengan 76 kes, diikuti oleh Jalan Puncak Borneo dengan 47 kes dan yang baharu dikesan  Permatang Berangan dengan 27 kes.

10 kluster turut diumumkan tamat hari ini. – 14 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen