1,889 kes baharu Covid-19, Selangor tertinggi


Ravin Palanisamy

SEBANYAK 1,889 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, dengan Selangor merekod angka tertinggi iaitu 517 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini diikuti Sarawak sebanyak 489 kes, selepas dua hari berturut-turut mendahului negeri lain, disusuli Kelantan dengan 226 kes.

Perlis, yang tidak merekod kes baharu semalam, melaporkan tiga kes hari ini.

Ini bermakna semua negeri mencatat jangkitan baharu, kata Dr Noor Hisham, dengan jumlah keseluruhan kes positif sehingga kini 365,829.

Sementara itu, seramai 1,485 pesakit yang disahkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 347,780.

Kes aktif pula sebanyak 16,696 kes dengan 204 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, kata Dr Noor Hisham.

Lapan kes kematian juga dilaporkan hari ini, iaitu lima di Sarawak manakala masing-masing satu di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah. Dari jumlah itu, tujuh membabitkan rakyat tempatan. – 14 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen