Putrajaya serah pulau Sipadan, Ligitan kepada Sabah 


Desmond Davidson

Putrajaya, dengan pengecualian dari aspek keselamatan, menyerahkan pentadbiran kepulauan Sipadan dan Ligitan sepenuhnya kepada Sabah.–Gabar fail The Malaysian Insight, 14 April, 2021.

PUTRAJAYA, dengan pengecualian dari aspek keselamatan, menyerahkan pentadbiran kepulauan Sipadan dan Ligitan sepenuhnya kepada Sabah, kata Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Maximus Ongkili hari ini.

Ongkili berkata Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963, yang mengadakan mesyuarat di Putrajaya semalam, juga bersetuju bahawa kerajaan persekutuan akan menyerahkan kawalan sepenuhnya Sarawak serta pengurusan pengagihan gas di negeri itu. 

Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan dihadiri Ketua Menteri SarawakAbang Johari Openg dan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.

Ligitan dan Sipadan merupakan dua pulau kecil yang terletak di Laut Sulawesi, di utara perairan timur Sabah.

Pada 2019, kerajaan Pakatan Harapan “secara prinsip bersetuju” untuk mengembalikan pentadbiran dua pulau itu kepada Sabah.

Ia merupakan antara lapan perkara yang diputuskan oleh jawatankuasa khas kabinet ketika itu untuk menyemak semula pelaksanaan MA63.

Bagaimanapun, keikhlasan untuk pengemalian itu dipersoalkan oleh rakyat Sabah apabila Bahagian Keselamatan Negara – sebuah penguatkuasa persekutuan – mengutip levi penyelam RM40 sebagai kos untuk menjaga keselamatan kepulauan berkenaan.

Sabah berkata ia perlu mengutip yuran berkenaan memandangkan pulau itu merupakan taman laut.

Ongkili dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan penyerahan pulau berkenaan serta kesanggupan Petronas menyerahkan pengurusan dan pengagihan gas asli sebagai detik bersejarah.

Beliau berkata penguasaan dan kawalan penuh ke atas pentadbiran kedua-dua pulau berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Sabah.

“Perdana menteri berkata Sabah empunyai hak kedaulatan ke atas dua pulau berkenaan,” tambahnya.

Pulau berkenaan kini di bawah pengawasan Taman Sabah dan diletakkan di bawah perlindungan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Ongkili berkata Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Majlis Keselamatan Negara akan bekerjasama untuk menguruskan penyerahan sepenuhnya. – 14 April, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen