PKPB 14 hari di Bintulu


Desmond Davidson

Daerah Bintulu di Sarawak dikenakan PKPB selama 14 hari bermula hari ini sehingga 27 April. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 April, 2021.

BINTULU dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula hari ini, sebagai usaha untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19 di daerah di utara Sarawak itu.

Perintah itu dilaksanakan sehingga 27 April, susulan sekatan pergerakan sebelum ini gagal membendung penularan jangkitan, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu.

Bermula 5 April lalu, JPBB mewajibkan ujian saringan Covid-19 diambil oleh setiap individu yang datang dari luar kawasan Bintulu. Peraturan yang dijadual berakhir Ahad ini dijangka dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Lonjakan kes di daerah itu bermula 9 April, naik kepada 112 kes berbanding sehari sebelumnya. 

Sejak itu Bintulu merekodkan tiga angka kes baharu sejak lima hari lalu dengan 130 kes dicatatkan semalam, tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.

Sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB, operasi perniagaan dihadkan dari 6 pagi hingga 8 malam. Hanya farmasi dibenar buka sehingga 10 malam.

Premis makanan dibenarkan beroperasi tetapi terhad kepada bungkus sahaja termasuk khidmat penghantaran. – 14 April, 2021. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen