Jangkitan di Pulapol punca peningkatan kes Covid-19 di Sarawak, kata Uggah


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Douglas Uggah menyalahkan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelatih mewujudkan kluster ke-48 negeri itu iaitu kluster Jalan Puncak Borneo. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 April, 2021.

JANGKITAN dalam kalangan pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Puncak Borneo, Kuching menjadi penyumbang utama 607 kes baharu Covid-19 di negeri ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

Terdapat juga empat kematian akibat Covid-19 menjadikan jumlah kematian di negeri ini seramai 128 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Douglas Uggah menyalahkan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelatih mewujudkan kluster ke-48 negeri itu iaitu kluster Jalan Puncak Borneo.

Uggah berkata jangkitan dalam kalangan 61 pelatih – termasuk kes indeks – diuji positif berpunca daripada pelatih yang bergaul bebas dan gagal mengamalkan penjarakan sosial.

Kira-kira 111 pelatih lain dan kontak rapat indeks, seorang pelatih dari Perlis sudah menjalani saringan sehingga kini, kata Uggah. 

Seramai 50 orang disahkan negatif pada saringan ujian kali pertama.

Sebagai sebahagian daripada SOP, seramai 61 kes positif ditempatkan di hospital umum Sarawak di Kuching bagi mendapatkan rawatan sementara 50 yang lain dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di kompleks belia Kuching untuk diasingkan sehingga ujian kedua mereka dalam masa 10 hari.

Kes indeks yang tiba di Sarawak pada 22 November tahun lalu mengalami demam pada Khamis lalu.

Pemeriksaan di klinik kesihatan Sentosa di Kota Sentosa menunjukkan dia positif Covid-19.

Jangkitan di pusat latihan itu menjadikan kes di Kuching meningkat kepada 106 orang dan Bintulu melaporkan 130 hari ini.

Sibu juga mencatatkan tiga digit kes dengan 106 jangkitan.

Daerah lain yang melaporkan kes adalah Mukah (52), Miri (49), Kapit (33), Meradong (29), Saratok (23), Samarahan dan Sarikei (14 each), Betong, Bukit Mabong, Selangau dan Subis (masing-masing 8), Dalat (5), Kanowit and Matu (masing-masing 3), Julau, Serian dan Sri Aman (masing-masing 2), Asajaya and Beluru (masing-masing 1).

Sementara itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana telah melonggarkan waktu operasi perniagaan makanan pada bulan puasa dari jam 10 malam sehingga tengah malam.

Bagi premis makanan dan hiburan, hanya perniagaan makanan dibenarkan beroperasi sehingga tengah malam sementara premis hiburan perlu tamat operasi pada jam 10 malam. – 13 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen