MALAYSIA mencatat 1,767 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah itu, Sarawak merekod angka harian tertinggi dengan 607 kes, katanya di Facebook.
Ini diikuti Selangor yang melaporkan 483 kes, dan Kuala Lumpur dengan 133 kes.
Perlis satu-satunya negeri yang tidak merekodkan kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu.
Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini 363,940.
Bagi kes pulih pula, seramai 1,290 pesakit yang disahkan sembuh dibenarkan pulang hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 346,295 orang setakat ini, kata Dr Noor Hisham.
Manakala 16,300 lagi masih dirawat dengan 199 orang ditempatkan di unit rawatan rapi. Seramai 82 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham juga berkata Malaysia hari ini merekodkan 12 kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 1,345.
Kes kematian hari ini dilaporkan masing-masing empat di Sabah dan Sarawak, Selangor (3) dan Terengganu (1). – 13 April, 2021.
Komen