PBB salur bantuan mangsa letusan gunung berapi di Caribbean


Keadaan di Saint Vincent dan Grenadines selepas letusan gunung berapi yang menyebabkan 110,000 penduduk terputus bekalan air bersih dan elektrik. – Gambar EPA, 13 April, 2021.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyalurkan bantuan kepada penduduk Saint Vincent dan Grenadines yang terjejas akibat letusan gunung berapi, lapor Xinhua.

Kejadian itu menyebabkan 110,000 penduduk terputus bekalan air bersih dan elektrik manakala sekitar 20,000 lagi hilang tempat tinggal. 

Letusan La Soufriere pada Jumaat menjejaskan sebahagian besar mata pencarian di bahagian utara pulau Caribbean selatan, termasuk tanaman pisang, dengan aliran abu dan lava yang menghalang pergerakan orang dan barang, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB pada Isnin.

Agensi di bawah PBB itu menyediakan bantuan seperti makanan dan kewangan serta nasihat teknikal.

Selain itu, negara jiran turut menyumbang bekalan kecemasan dan peralatan untuk menyokong usaha memindahkan penduduk, kata OCHA. – Bernama, 13 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen