MALAYSIA melaporkan 1,739 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan Selangor menyumbang sebahagian besar jangkitan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes-kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan negara meningkat kepada 360,856.
Selangor mendahului dengan 535 kes diikuti oleh Sarawak dan Sabah masing-masing dengan 443 dan 127 kes.
Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak melaporkan sebarang jangkitan setakat 12 tengahari hari ini.
Hanya lapan import hari ini, selebihnya berasal dari jangkitan tempatan.
Kes aktif terus menaik, meningkat kepada 15,574 berbanding 15,059 semalam.
Mengenai kes pulih, Noor Hisham berkata, 1,216 orang telah sembuh dari Covid-19.
Dengan ini, jumlah pulih Covid-19 kini 343,953.
Sementara itu, negara juga melaporkan lapan kematian, semuanya warganegara.
Ini telah meningkatkan jumlah kematian akibat Covid-19 kepada 1,329.
Kini, terdapat 183 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi, 81 daripadanya diletakkan di bawah alat bantuan pernafasan.– 11 April, 2021.
Komen