SEKUMPULAN wanita di Lembah Klang telah memulakan inisiatif menangani isu “kemiskinan haid” dalam kalangan wanita dan gadis gelandangan serta dari keluarga B40.
Kemiskinan haid adalah situasi apabila golongan perempuan atau keluarga yang tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan oleh kekangan kewangan.
Melalui inisiatif “Period Je”, kumpulan ini mengedar kit kebersihan kepada wanita yang kurang bernasib baik selain mahu menormalkan topik haid di kalangan rakyat Malaysia, terutama lelaki.
“Ini adalah proses biologi yang normal dalam tubuh manusia wanita.
“Tabu kerap berlaku ketika seorang gadis haid. Ia menjadi sesuatu yang sangat memalukan sehingga lelaki tidak mahu melihatnya, tidak mahu membicarakannya dan malah gadis-gadis malu mengakui mereka ada haid,” kata Vicky Wong, pengasas bersama inisiatif itu.
Beliau berkata nama “Period Je”, yang dapat diterjemahkan ke “Ini cuma haid”, muncul bagi menunjukkan bahawa haid adalah sesuatu yang normal.
Wong, bersama empat rakannya memulakan inisiatif ini sebagai projek semangat. Kumpulan ini baru-baru ini melancarkan program mereka di Lembah Klang dan berharap dapat mengembang di seluruh negara.
“Kami bukan organisasi, kami cuma sekumpulan individu yang kebetulan bekerja sama sebagai rakan sekerja dengan sokongan dari syarikat kami.
“Kami buat ini secara sukarela dan sumbangkan masa kami. Kami tidak mahu jadi NGO, ini adalah projek semangat,” katanya.
Setakat ini, kumpulan itu telah membuat beberapa pengedaran di Chow Kit. Mereka telah bekerjasama dengan Nor Akmar Kaseh yang menjalankan Pertubuhan Kebajikan Ar Riqab bagi mengedarkan tuala wanita.

“Beliau menjalankan program makan di Chow Kit yang mensasarkan pengguna dadah dan pekerja seks. Kami carinya dan cakap kami nak tolong. Kami nak sertai dan beri mereka dengan produk-produk haid.
“Untuk Chow Kit, kami beri tuala wanita dan seluar dalam pakai buang yang cukup untuk satu bulan. Setakat ini kami telah mengedarkan 300 produk kebersihan,” kata Wong.
Wong dan kumpulannya juga telah bekerjasama dengan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh membekalkan kit kebersihan kepada masyarakat B40 di kawasan tersebut.
“Yeoh telah berikan kami senarai penduduk dan keluarga kurang mampu dalam kumpulan B40 untuk mengedarkan produk haid.
“Selepas Segambut, kami akan hubungi ahli Parlimen lain untuk memperluas kawasan bagi menjangkau lebih ramai orang,” kata Wong.
Period Je juga merancang untuk bekerjasama dengan NGO lain bagi mengedarkan produk kebersihan kepada mereka yang memerlukannya.
Wong berkata, produk sanitasi yang mereka keluarkan boleh digunakan kerana penerima sering tidak mendapat akses air bersih.
“Jadi cawan haid mungkin bukan penyelesaian terbaik untuk mereka.” – 11 April, 2021.
Komen