Pfizer mohon kelulusan untuk remaja 12-15 tahun di AS


Pfizer BioNtech semalam memohon kelulusan FDA untuk penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12-15 tahun di AS.– Gambar EPA, 10 April, 2021.

FIRMA Pfizer BioNtech semalam memohon kelulusan untuk penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12-15 tahun di Amerika Syarikat (AS).

Kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA) itu merupakan langkah penting untuk mencapai imuniti kelompok dan membendung pandemik.

Pfizer-BioNtech dalam satu kenyataan berkata mereka bercadang untuk memohon kelulusan sama dari pengawal selia perubatan di seluruh dunia tidak lama lagi.

Permohonan kepada FDA dibuat selepas ujian klinikal tahap 3 vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun menunjukkan keberkesanan 100% untuk mengelak jangkitan, kata kenyataan itu.

Pada akhir Mac, Pfizer-BioNtech menerbitkan hasil kajian yang dilakukan ke atas 2,260 remaja di AS, yang menunjukkan tindak balas imunisasi yang kuat.

“Vaksin Pfizer mengawal kesan sampingan secara konsisten bagi mereka yang berusia 16 hingga 25 tahun,” kata firma itu semalam.

Buat masa ini, vaksin itu mendapat kelulusan penggunaan kecemasan untuk diberi kepada individu berusia 16 tahun ke atas. – AFP, 10 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen