Kes baharu Covid-19 melonjak kepada 1,854


Kes baharu dalam 24 jam terakhir ini meningkatkan jumlah keseluruhan kes negara menjadi 357,607. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2021.

MALAYSIA menyaksikan kenaikan mendadak jumlah kes harian baharu, dengan 1,854 dilaporkan pada Jumaat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Kes dilaporkan hari ini lebih 500 berbanding yang dicatatkan semalam iaitu 1,285.

Kes baharu dalam 24 jam terakhir ini meningkatkan jumlah keseluruhan kes negara menjadi 357,607.

Sarawak mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 555. Selangor melaporkan kes kedua tertinggi dengan 403 sementara Pulau Pinang 176. – 9 April, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen