Turki catat kes harian Covid-19 tertinggi


Murid prasekolah memakai pelitup muka beratur untuk diambil suhu badan di bilik darjah sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19 di Ankara, Turki. – Gambar EPA, 9 April, 2021.

TURKI pada Rabu mencatatkan 54,740 kes baharu Covid-19, kes harian tertinggi sejak wabak mula dikesan di negara ini, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Data kementerian kesihatan menunjukkan jumlah kematian harian terbaru juga adalah yang tertinggi setakat ini iaitu seramai 276, menjadikan jumlah korban keseluruhan 32,943 orang. – Bernama, 9 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen