15,087 kes pulih Covid-19 di Sarawak


Sarawak merekodkan sejumlah 332 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan positif penyakit itu meningkat kepada 18,496 kes, dengan dua kematian baharu direkodkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 April, 2021.

SERAMAI 15,087 orang atau 81.57 peratus daripada jumlah individu yang positif Covid-19 di Sarawak telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital setakat hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu.

Ia berkata yang terbaru seramai 158 orang telah pulih hari ini, antaranya 35 orang dari Hospital Miri, Hospital Umum Sarawak (34), Hospital Sibu (19), Hospital Sarikei (17), Pusat Kes Ringan Covid (PKRC) Hospital Kapit (17), Hospital Bintulu (12), PKRC Serian (enam).

Selebihnya adalah dari PKRC Hospital Sri Aman, PKRC Hospital Mukah, Hospital Limbang dan PKRC Betong.

Sementara itu Sarawak juga merekodkan sejumlah 332 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan positif penyakit itu meningkat kepada 18,496 kes, dengan dua kematian baharu direkodkan dan ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 116 orang.

Dua kes kematian itu adalah di Hospital Sibu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 61 tahun pada Isnin (5 April) dan seorang wanita warga tempatan berumur 86 tahun meninggal dunia semalam. – Bernama, 7 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen