MALAYSIA melaporkan 1,139 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan Sarawak mendahului jumlah kes harian.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes-kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes nasional sebanyak 354,468.
Sarawak melaporkan 332 kes diikuti dengan Selangor dan Johor masing-masing dengan 294 dan 102 kes.
Putrajaya dan Perlis merupakan dua negeri yang tidak melaporkan sebarang jangkitan.
Peningkatan kes di Sarawak semalam menyebabkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengarahkan ketua kampung dan masyarakat untuk melaporkan semua perjumpaan sosial yang dirancang di kawasan kejiranan mereka selepas kes terbaru didapati berpunca dari majlis perkahwinan dan pengebumian.
Daripada jumlah kes baharu hari ini Dr Noor Hisham berkata hanya 13 kes import selebihnya adalah jangkitan tempatan.
Bagi kes pulih pula katanya, seramai 1,199 orang dibenarkan keluar dari hospital menjadika kes aktif sebanyak 14,097.
Sementara itu seramai 194 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 86 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Terdapat juga empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 1,304. – 7 April, 2021.
.jpg)
Komen