1,300 kes baharu Covid-19, Sarawak tertinggi dengan 385 


Afif Abd Halim

MALAYSIA melaporkan 1,300 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan Sarawak merekodkan kes tertinggi iaitu 385, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes seluruh negara 353,329.

Daripada kes baharu itu, 24 adalah kes import manakala 1,276 melibatkan penularan tempatan.

Selangor merekodkan kes kedua tertinggi iaitu 242, diikuti Kelantan 126.

Kes baharu di Sarawak hari ini termasuk 168 daripada tiga kluster baharu. 

Di seluruh negara, kes pulih melebihi kes baharu buat hari kedua berturut-turut dengan 1,412 sembuh dan didiscaj dari hospital. 

Jumlah kes aktif juga menurun kepada 14,161 berbanding 14,278 semalam. 

Daripada kes aktof, 189 orang dirawat di unit rawatan rapi dengan 88 memerlukan alat bantuan pernafasan. 
 
Lima kematian turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian 1,300.

Tiga kematian adalah di Sabah, termasuk mangsa paling muda iaitu lelaki warga Malaysia berusia 36 tahun yang menghidap tekanan darah tinggi, obesiti dan masalah tidur. 

Kematian lain adalah di Selangor dan Kelantan. Mangsa paling tua berusia 80 tahun yang menghidap penyakit kronik termasuk penyakit buah pinggang. – 6 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen