MALAYSIA hari ini merekodkan 1,349 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 350,959, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Sarawak merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 419, diikuti Selangor (343) dan Pulau Pinang (185).
1,270 kes pulih direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 335,162.
Jumlah kes aktif pula dicatatkan sebanyak 14,509 yang mana 186 dirawat di unit rawatan rapi dengan 94 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dua kematian turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 1,288.
Kes kematian hari ini melibatkan dua lelaki warga Malaysia dari Sabah dan Sarawak yang mempunyai sejarah penyakit kronik dan berusia 76 dan 78 tahun.– 4 April, 2021.

Komen