Filipina lanjut perintah berkurung


Perintah berkurung selama beberapa bulan sebelum ini melumpuhkan ekonomi Filipina, menyebabkan jutaan hilang pekerjaan dan menyebabkan ramai isi rumah kelaparan. – Gambar EPA, 3 April, 2021.

FILIPINA akan melanjutkan perintah berkurung terhadap lebih 24 juta orang dan beberapa petugas kesihatan juga dikerahkan ke hospital-hospital di ibu kota yang mempunyai peningkatan kes Covid-19, kata seorang pegawai semalam.

Penduduk di Manila dan empat wilayah lain perlu berada di dalam rumah selama seminggu lagi kecuali jika mereka adalah pekerja penting, kata jurucakap presiden Harry Roque.

Pengumuman itu dibuat apabila jumlah jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam mencapai tahap tertinggi sehingga 12,576 kes menjadikan jumlah jangkitan di negara itu

Variasi virus yang lebih menular dan pematuhan yang buruk terhadap protokal kesihatan menyebabkan lonjakan berlaku dalam beberapa minggu terakhir.

“Kami meminta kerajaan tempatan memperketat penguatkuasaan terhadap kuarantin dan bersemuka dengan mereka yang gagal mengikuti SOP kesihatan,” katanya.

Di bawah sekatan berkenaan perkhidmatan gereja dan perhimpunan besar-besaran dilarang serta perintah berkurung dikenakan bermula 6 petang hingga 5 pagi.

Pasar raya, farmasi dan perniagaan penting lain dibenarkan untuk beroperasi dan latihan di luar dibenarkan.

Perintah berkurung selama beberapa bulan sebelum ini melumpuhkan ekonomi Filipina, menyebabkan jutaan hilang pekerjaan dan menyebabkan ramai isi rumah kelaparan.

Presiden Rodrigo Duterter menerima kritikan disebabkan pengedaran vaksin yang lambat dan pengesanan kontak rapat yang buruk,

Sehingga Khamis, seramai 760,938 petugas kesihatan menerima dos pertama mereka, kata Jabatan Kesihatan.

Kerajaan berkata sebelum ini mereka berhasrat menyuntik 1.7 juta petugas kesihatan pada pertengahan April. – AFP, 3 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen