RUSIA semalam melaporkan penurunan kes kematian akibat koronavirus pada Februari apabila pihak berkuasa mengatakan wabak terburuk sudah berakhir dan sedang berusaha mengurangkan baki yang tinggal pada akhir musim panas.
Angka yang didedahkan oleh agensi statistic Rosstat menunjukkan 14,171 penduduk Rusia meninggal dunia akibat koronavirus pada Februari sementara 9,198 penduduk meninggal dunia dengan virus itu tetapi disebabkan oleh sebab lain.
Sebanyak 24,369 kes menunjukkan penurunan 36 peratus pada Januari yang menyaksikan 37,878 kematian berkaitan virus – angka yang disemak oleh Rosstat hampir 10,000 berbanding jumlah awal bulan lalu.
Jumlah baharu menjadikan kematian yang berkaitan dengan virus itu di Rusia kepada lebih dari 224,000.
Angka itu bertentangan dengan jumlah yang dilaporkan oleh pegawai kesihatan pada Jumaat yang mengatakan bahawa Rusia telah menyaksikan 99,633 kematian akibat koronavirus.
Rusia menarik semula hampir semua langkah mengekang wabak berkenaan dengan pegawai kesihatan mengatakan bahawa wabak terburuk negara itu berakhir pada musim sejuk.
Presiden Vladimir Putin pada hujung minggu lalu berkata bahawa Rusia akan datang menghapuskan sisa wabak apabila sekitar 70% orang dewasa Rusia telah menerima vaksin koronavirus.
Sehingga minggu lalu kira-kira empat juta daripada 144 juta orang di negara ini telah menerima dua dos vaksin sementara dua juta lagi mendapat dos pertama walaupun vaksin ini sudah tersedia pada awal Disember.
Rusia adalah antara negara paling teruk terjejas oleh Covid-19 dengan mencatatkan lebih 4.5 juta kes. – AFP, 3 April, 2021.
Komen