DAP janji sokong RUU Perikatan untuk ubah status Sarawak, Sabah


Desmond Davidson

Naib Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien berkata parti itu memberi jaminan 42 ahli Parlimennnya akan sokong apa-apa pindaan RUU Perlembagaan Persekutuan bagi memulihkan status Sarawak dan Sabah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 April, 2021.

DAP memberi jaminan bahawa 42 ahli Parlimennya akan menyokong apa-apa pindaan rang undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang mungkin dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional bagi memulihkan status Sarawak dan Sabah dalam Persekutuan Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia yang ditandatangi pada 1963.

Naib pengerusinya Chong Chieng Jien berkata dengan 112 ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN), ditambah dengan 42 ahli Parlimen DAP yang baru sahaja memberikan jaminan serta satu-satunya ahli Parlimen PKR Dr Michael Teo (Miri), kerajaan akan mempunyai sokongan dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan pindaan.

“Tidak diragukan lagi bahawa pindaan perlembagaan akan mendapat sokongan 148 ahli Parlimen,” kata Chong dalam maklum balas terhadap janji Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas – hari pertama lawatan kerja dua hari ke Sarawak – untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Chong yang juga ketua Pakatan Harapan (PH) Sarawak berkata, gabungan Sarawak memutuskan dalam satu pertemuan hari ini bahawa semua ahli Parlimen negeri itu “akan menyokong pindaan Perlembagaan seperti itu bagi mengembalikan versi asal artikel 1 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan sekarang di tangan kerajaan PN dan GPS,” katanya ketika menuntut agar perdana menteri meminta Parlimen untuk bersidang.

Dengan Pilihan Raya Sarawak yang bakal tiba, Chong berkata Muhyiddin “tidak sepatutnya hanya sekadar memberi perhatian kepada memulihkan status Sarawak sebagai umpan untuk pengundi”.

“Ia menghina dan menjatuhkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang membentuk negara kita,” katanya. – 3 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen