CARA terbaik untuk menangani rasuah adalah dengan meningkatkan bilangan pembayar cukai kelas menengah, kata bekas ketua pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Ahli lembaga penasihat Transparency International, Pascal Lamy berkata penduduk yang ramai membayar cukai akan memberi perhatian yang lebih kepada amalan rasuah.
“Pandangan saya bagi jangka sederhana dan panjang ialah peningkatan kelas menengah adalah cara terbaik menentang rasuah,” Lamy memberitahu pemberita selepas forum mempromosikan “World Expo 2025” yang berpangkalan di Paris di Kuala Lumpur hari ini.
“Ini kerana apa yang saya perhatikan di banyak negara, apabila orang mula membayar cukai, mereka tidak mahu membayarnya lagi,” kata bekas pesuruhjaya Perdagangan Eropah itu.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri, ketika ini hanya kira-kira satu daripada 10 rakyat Malaysia yang membayar cukai.
“Akhirnya, peningkatan penduduk yang membayar cukai merupakan cara terbaik memerangi rasuah,” katanya.
Malaysia kini berada di kedudukan 49 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2016.
Malaysia dilanda skandal kewangan terutamanya melibatkan 1Malasyia Development Berhad (1MDB). – 4 Januari, 2018.
Komen