10 kluster baharu Covid-19 berkait tempat kerja, komuniti  


Kluster dengan jumlah kes baharu tertinggi hari ini ialah Tapak Bina Persiaran Freesia (76 kes), Tapak Bina Sunsuria (55 kes), dan Persiaran Cassia Selatan (55 kes). – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 April, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 10 kluster baharu Covid-19 tujuh melibatkan tempat kerja, dua berkait komuniti dan satu berkait kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 10 kluster itu terletak di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sabah, Johor dan Terengganu, dengan kes berjumlah 137.

Dalam 24 jam terakhir, 57 kluster melaporkan peningkatan kes.

Kluster dengan jumlah kes baharu tertinggi hari ini ialah Tapak Bina Persiaran Freesia (76 kes), Tapak Bina Sunsuria (55 kes), dan Persiaran Cassia Selatan (55 kes). – 2 April, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen