SEKATAN koronavirus di seluruh Itali yang menutup restoran, kedai dan muzium akan dilanjutkan sehingga April, kata negara itu semalam.
Tetapi “kelonggaran langkah sekatan” dapat diputuskan jika tren wabak dan pemberian vaksin dilakukan, menurut keputusan yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Mario Draghi semalam.
Di bawah keputusan baru itu, sekolah rendah akan tetap dibuka dan menjadikan vaksin untuk petugas kesihatan wajib dilakukan.
Sesiapa yang enggan melakukan vaksinasi perlu ditugaskan semula bagi mengelak berada berdekatan dengan masyarakat. Sekiranya tidak,gaji mereka akan ditangguhkan.
Dua minggu lalu pada 15 Mac, sekatan baharu berkuat kuasa pada tiga perempat negara.
Menteri Kesihatan Roberto Speranza kemudian berkata bahawa tindakan pencegahan itu mungkin melonggarkan langkah pada separuh kedua musim bunga.
Itali mencatatkan 467 kematian baharu Covid-19 semalam dengan 23,904 jangkitan baharu. Hampir 110,000 kematian di Itali sejak virus koronavirus melanda negara itu lebih setahun lalu.
Kerajaan berusaha memastikan rakyat tidak berkumpul atau melakukan perjalanan sepanjang cuti dengan seluruh negara dianggap sebagai “zon merah” berisiko tinggi pada hujung minggu antara 3 hingga 5 April.
Di zon merah, penduduk perlu tinggal di rumah kecuali untuk pekerjaan, kesihatan atau sebab-sebab penting yang lain.
Antara 7 hingga 30 April, semua wilayah Itali akan dianggap sebagai zon “merah” atau “oren” dengan wilayah yang kedua mempunyai sekatan yang lebih longgar.
Buat masa ini, tidak ada kawasan yang dianggap “kuning” yang membenarkan orang ramai makan di restoran sehingga jam 6 petang dan lebih banyak pergerakan untuk penduduk. – AFP, 1 April, 2021.
Komen