KOLEJ Vokasional Teluk Air Tawar di Butterworth adalah salah satu institusi pendidikan yang merupakan kluster Covid-19 dan diarahkan ditutup oleh Kementerian Kesihatan.
Penutupan institusi itu kerana Covid-19 diumumkan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Norlela Ariffin selepas 36 kes jangkitan dijumpai, menurut Malay Mail Online.
Beliau berkata kolej itu kini menjadi satu daripada dua kluster yang melibatkan institusi pendidikan di Pulau Pinang.
Kluster lain melibatkan sebuah sekolah di Bukit Tambun dengan kira-kira 1,000 pelajar dan 16 kes Covid-19 pada 21 Mac.
Sekolah itu bagaimanapun tidak ditutup kerana kes hanya dikesan di satu kelas.
Situasi di kolej vokasional itu terkawal, kata Norlela di Georgetown hari ini.
Minggu lepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 41 kluster Covid-19 yang dikaitkan dengan institusi pendidikan dalam tempoh tiga bulan terakhir sejak institusi dibuka semula pada Januari.
Sebanyak 15 kluster melibatkan institusi pengajian tinggi, 11 sekolah menengah, 10 sekolah rendah dan pra-sekolah serta lima madrasah dan tahfiz. – 29 Mac, 2021.
Komen