SETIAUSAHA Agung PBB Antonio Guterres mengkritik negara maju kerana melakukan “simpanan” vaksin Covid-19 dan meminta mereka berkongsi dengan seluruh dunia bagi membantu mengakhiri wabak berkenaan.
“Saya sangat prihatin dengan pengedaran vaksin yang sangat tidak adil di dunia ini,” kata Guterres dalam satu wawancara yang disiarkan pada Ahad oleh saluran Kanada CBC.
“Ini adalah kepentingan semua orang untuk memastikan bahawa sesegera mungkin dan dengan cara yang adil, di mana semua orang mendapat vaksin dan vaksin dianggap sebagai kepentingan awam global,” katanya.
Ketua PBB mengkritik “kepentingan diri” negara-negara kaya kerana mendapatkan bekalan vaksin di luar keperluan penduduk mereka.
“Pertama, jangan simpan vaksin. Ia tidak masuk akal.
“Kami sudah meminta negara-negara maju untuk berkongsi vaksin yang telah mereka beli dan dalam banyak situasi mereka telah membeli lebih dari apa yang mereka perlukan,” katanya.
Setiausaha agung itu juga menyatakan rasa kekal apabila sistem bantuan vaksin antarabangsa Covax kepada negara kurang beruntung berdepan “kesulitan”.
Beliau berkata untuk menamatkan pandemik “sangat bergantung pada kemungkinan memiliki vaksinasi secepat mungkin bagi populasi di seluruh dunia”, dia beliau memohon agar mekanisme yang didukung oleh G20 dimasukkan dalam rancangan vaksinasi global.
Ditanya mengenai kemungkinan penggunaan pasport vaksinasi, Guterres berkata bahawa sebelum keputusan dibuat, harus ada perbincangan serius untuk memastikan keadilan dan memastikan adanya kerjasama global yang efektif. – AFP, 29 Mac, 2021.
Komen