UK bakal tarik semula sekatan Covid-19 


Britain akan menarik balik sekatan Covid-19 bermula Islam walaupun mendapat amaran daripada saintis mengenai kewujudan varian baharu. – Gambar EPA, 28 Mac, 2021.

PERDANA Menteri Britain, Boris Johnson berjanji pada Sabtu untuk mengikuti rancangan beliau menarik semula sekatan koronavirus, walaupun para saintis memberi amaran mengenai varian baharu.

Melancarkan kempen parti Konservatifnya untuk pilihan raya tempatan pada Mei, Johnson berkata vaksinasi besar-besaran dan dasar pro-perniagaan pemerintahnya akan mempercepatkan pemulihan ekonomi.

Wales menjadi negeri UK pertama menarik semula sekatan perjalanan pada Sabtu, sejak sekatan terakhir untuk memerangi gelombang kedua Covid-19 yang meragut nyawa sepanjang musim sejuk.

Mulai Isnin, arahan tinggal di rumah  juga akan dilonggarkan untuk membolehkan kumpulan sehingga enam orang bertemu di luar. 

Kerajaan merancang membenarkan minum di luar di taman pub, dan perkhidmatan tidak penting seperti salon rambut, mulai 12 April.

Johnson mengakui gelombang ketiga Covid-19 yang melanda Eropah dan mungkin melanda Britain dalam masa tiga minggu.

Tetapi “perbezaan utama” berbanding tahun lalu adalah peningkatan jangkitan dan kemasukan ke hospital berkadaran susulan kempen vaksinasi.

“Susulan itu, saya tidak melihat apa-apa pada data untuk menghalang menuju kebebasan, membuka ekonomi dan kembali ke kehidupan yang kita sayangi,” katanya kepada acara Konservatif secara maya.

Kempen vaksinasi Britain kini sudah memberikan sekurang-kurangnya dos pertama kepada lebih 29 juta orang dewasa, dan kerajaan merancang menyelesaikan fasa tersebut pada akhir Julai.

Tetapi ia tetap waspada terhadap varian koronavirus yang lebih mudah menular, seperti yang muncul di Brazil dan Afrika Selatan.

Menteri vaksin Nadhim Zahawi memberitahu akhbar The Telegraph yang kerajaan akan mula memberikan dos baharu pada September untuk kumpulan utama, termasuk mereka yang berusia lebih 70-an dan petugas kesihatan.

Beliau berkata menteri menjangkakan hingga lapan vaksin akan tersedia menjelang musim luruh termasuk satu yang dapat melindungi daripada tiga varian Covid-19 yang berbeza dalam satu suntikan.

Mike Tildesley, seorang penasihat saintifik kerajaan, menekankan perlunya langkah berhati-hati.

“Dalam jangka pendek, kami bimbang tentang varian baharu,” katanya kepada Times Radio.

“Tetapi jika kita dapat mengelak untuk jangka waktu lebih lama, masa mencukupi untuk suntikan ini berkembang, maka ia diharap melindungi kita ketika memasuki musim dingin.”– AFP, 28 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen