BRAZIL mencatatkan jumlah kematian harian Covid-19 baharu sebanyak 3,650 pada Jumaat, kata kementerian kesihatan, ketika wabak itu tidak terkawal di ekonomi terbesar di Amerika Latin.
Sejak Februari, Brazil mencatat rekod kematian dan kes jangkitan baharu sebagai negara kedua paling terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat (AS), dengan lebih 307,000 mati akibat wabak tersebut.
Ia melepasi angka 3,000 kematian sehari pada Selasa.
Purata jumlah kematian mingguan adalah 2,400 - lebih tiga kali ganda pada awal Januari.
Jumlah korban meningkat secara berterusan disebabkan beberapa faktor termasuk orang ramai yang ingkar penjarakan sosial dan varian virus baharu yang dipercayai lebih mudah menular.
Satu lagi masalah besar lain ialah kempen vaksinasi negara bergerak perlahan. Setakat ini hanya 5.9% daripada jumlah populasi 212 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin koronavirus.
Presiden Jair Bolsonaro mengumumkan minggu ini beliau akan menubuhkan suruhanjaya krisis untuk menangani wabak itu. – AFP, 27 Mac, 2021.
Komen