HASIL ujian klinikal fasa 1 dan 2 vaksin neo-koronavirus subunit protein rekombinan yang diluluskan untuk kegunaan kecemasan di China telah diterbitkan di dalam jurnal perubatan antarabangsa, “The Lancet Infectious Diseases” baru-baru ini.
Menurut artikel tersebut, hasil membuktikan vaksin itu selamat untuk digunakan.
Difahamkan bahawa 97 peratus penerima vaksin yang disuntik tiga dos dengan 25 mikrogram setiap dos telah menghasilkan peneutralan antibodi yang mampu menghalang Covid-19 untuk hidup.
Selain itu, turut dilaporkan juga sebanyak 950 sukarelawan dewasa yang sihat berusia antara 18 hingga 59 tahun mengambil bahagian dalam dua fasa ujian klinikal vaksin tersebut.
Susulan itu, hasil ujian mendapati tiada kes gejala negatif yang serius dilaporkan.
Artikel itu turut memaklumkan 76 peratus penerima vaksin telah menghasilkan antibodi peneutralan setelah mnerima dua dos suntikan.
Untuk rekod, vaksin yang dikembangkan secara bersama Institut Mikrobiologi Akademik Sains China dan Syarikat Biologi Zhifeilongkema Anhui itu sedang menjalani ujian klinikal fasa ketiga di Indonesia, Pakistan, Uzbekistan dan Ecuador, selain turut diluluskan untuk digunakan di Uzbekistan sejak 1 Mac lalu. – Bernama, 26 Mac, 2021.
Komen