Thailand lulus vaksin ketiga Covid-19 keluaran Johnson & Johnson


Thailand berhasrat memberikan suntikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penduduk negara itu menjelang akhir tahun ini. – Gambar EPA, 25 Mac, 2021.

PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand hari ini meluluskan penggunaan kecemasan vaksin dos tunggal Covid-19 keluaran gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat Johnson & Johnson (J&J). 

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata J&J adalah pengeluar vaksin ketiga yang mendapat kelulusan selepas vaksin AstraZeneca dan Sinovac yang kini digunakan dalam program vaksinasi di negara itu. 

“Pengeluar vaksin Covid-19 lain dipelawa mengemukakan permohonan mereka di Thailand dan ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Ketua Setiausaha FDA Paisal Dunkhum pula berkata syarikat Sputnik V dari Rusia dan Sinopharm dari China sedang melakukan persediaan untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kelulusan.

Kira-Kira 96,000 orang di Thailand telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 sejak program vaksinasi bermula pada 28 Februari lepas.  

Setakat ini, lebih 5,800 orang telah diberikan suntikan vaksin sepenuhnya.

Thailand berhasrat memberikan suntikan vaksin kepada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penduduk negara itu menjelang akhir tahun ini. – Bernama, 25 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen