MALAYSIA melaporkan 1,384 kes Covid-19 baharu berbanding 1,058 kes sembuh dalam 24 jam ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menandakan 18 hari berturut-turut negara mencatatkan kes di bawah 2,000 jangkitan setiap hari.
Dr Noor Hisham berkata walaupun melaporkan lebih banyak jangkitan baharu hari ini berbanding kes sembuh, kes aktif masih di bawah 15,000.
Kes aktif kini berjumlah 14,454, di mana 148 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 62 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dari kes baharu dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata sembilan adalah diimport, sementara selebihnya adalah jangkitan tempatan.
Sebilangan besar kes baharu dilaporkan di Selangor, dengan negeri itu mencatatkan 625 jangkitan.
Johor mencatat kes kedua terbanyak hari ini dengan 161, diikuti Sawarak dengan 140.
Putrajaya dan Perlis negeri yang tidak melaporkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam ini.
Enam kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian 1,244. Semua mangsa adalah warga tempatan.
Semua mangsa berusia bawah 55 tahun, dan lima dari mereka sudah mempunyai masalah kesihatan.
Satu-satunya mangsa wanita di Sarawak tanpa sebarang rekod kesihatan telah dibawa ke Hospital Sibu mayatnya. – 23 Mac, 2021.
Komen