Penulis Poland dipenjara sebab gelar presiden 'tolol'


Duda, yang disokong oleh parti berhaluan kanan bernama Undang-Undang dan Keadilan (Pis), adalah sekutu rapat pendahulu Biden, Donald Trump yang kalah dalam pilihan raya. – Gambar AFP, 23 Mac, 2021.

SEORANG penulis Poland menghadapi hukuman penjara kerana menghina Presiden Andrzej Duda dengan memanggilnya “tolol” atas komen yang dibuat mengenai kemenangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.

Jakub Zulczyk, yang merupakan penulis skrip di sebalik siri popular “Blinded by the Lights” dan “Belfer” berkata pendakwa telah menuduhnya menghina ketua negara dalam sebuah catatan Facebook.

“Saya syak, sayalah penulis pertama di negara ini sejak sekian lama didakwa kerana tulisan saya,” katanya di Facebook.

Dalam catatannya pada 7 November tahun lalu, penulis itu memberi komen tweet dengan kata-kata aneh di mana Duda mengucapkan tahniah kepada Biden atas “kejayaan kempen presidennya” tetapi berkata beliau sedang menunggu “pencalonan oleh Pilihan Raya Kolej”.

Duda, yang disokong oleh parti berhaluan kanan bernama Undang-Undang dan Keadilan (Pis), adalah sekutu rapat pendahulu Biden, Donald Trump yang kalah dalam pilihan raya.

Aleksandra Skrzyniarz, jurucakap pendakwa daerah Warsaw, berkata kepada agensi berita Poland PAP pada Isnin bahawa dakwaan telah diajukan terhadap seorang lelaki, yang menamakannya hanya sebagai “Jakub Z”.

“Beliau dituduh melakukan perbuatan menghina pada 7 November tahun lalu di laman sosial terhadap Presiden Republik Poland, dengan menggunakan istilah yang biasanya digunakan sebagai menghina,” kata jurucakap itu.

Beliau menambah tuduhan itu telah difailkan awal bulan ini dan suspek telah disoal siasat namun “tidak mengaku melakukan perbuatan itu, sebaliknya memberikan penjelasan.”

“Beliau berkata kenyataan itu merupakan penilaian kritikal terhadap tindakan presiden,” katanya.

Dalam posnya, yang diterbitkan sebaik sahaja pilihan raya pada 3 Novermber, Zulczyk berkata “tidak ada yang disebut sebagai ‘pencalonan oleh Pilihan Raya Kolej’”, dengan menambah pengesahan Biden sebagai presiden AS adalah “formaliti semata-mata”.

“Andrzej Duda tolol”, kata catatan itu.

Poland kerap dikritik kerana undang-undang penghinaannya yang berbeza, termasuk undang-undang menghina agama dan menghina bendera Poland atau negara lain. – AFP, 23 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen