Tempat kerja penyumbang terbesar kluster baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Sebanyak lapan daripada 10 kluster yang dikesan hari ini berkaitan dengan jangkitan di tempat kerja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Mac, 2021.  

KEMENTERIAN Kesihatan mengesan 10 kluster baharu Covid-19 hari ini dengan lapan daripadanya berkaitan dengan jangkitan di tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata dua kluster tempat kerja masing-masing dilaporkan di Kuala Lumpur dan Johor.

Labuan, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kluster tempat kerja.

Dua kluster yang berkaitan komuniti pula dikesan di Sarawak dan Johor.

10 kluster baharu ini menyumbang sebanyak 216 jangkitan hari ini.

Dari jumlah ini, kluster tempat kerja menyumbang kepada 177 kes atau 81.9% daripada jumlah keseluruhan.

Satu kluster tempat kerja di Kuala Lumpur adalah tapak pembinaan Jalan Usahawan yang menyumbang 73 kes.

Kluster Kuala Lumpur yang lain adalah Taman Tunku yang melibatkan sebuah restoran dan melaporkan tujuh kes setakat ini.

Di Johor, dua kluster tempat kerja adalah kilang di Batu 22 (13 kes) dan pusat pendidikan di Jalan Tenteram (10 kes).

Kluster tempat kerja lain adalah Jalan Helang di Selangor (13 kes), Jalan Gambang di Pahang (24 kes), Permata Industri di Negeri Sembilan (28 kes) and Jalan Kemajuan in Labuan (9 kes).

Dua kluster berkaitan komuniti tersebut dikenali sebagai Jalan Rajang di Sarawak dan Jalan Belimbang di Johor.

Kluster Jalan Rajang melibatkan upacara pengebumian dan mereka yang dijangkiti merebak di seluruh Sarikei, Tanjung Manis dan Kuching di Sarawak. Sehingga kini seramai 29 orang dijangkiti.

Jalan Belimbing di Johor merupakan kluster komuniti lain dengan 10 orang dijangkiti setakat ini.

Sebanyak 10 kluster baharu hari ini menjadikan jumlah kluster di negara ini sebanyak 1,307 dengan 411 daripadanya masih aktif.

Sebanyak 64 kluster masih melaporkan kes baharu. – 22 Mac, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen