KKM kesan lima kluster baharu libat tempat kerja, satu kluster komuniti


Sebanyak enam kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas dengan melibatkan lima kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2021.

LIMA kluster baharu dikenal pasti membabitkan empat kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kluster tempat kerja tersebut merupakan Kluster Jalan Permas Baru dan Kluster Jalan Gemilang Tiga di Johor; Kluster Tapak Bina Jalan You City di Selangor dan Kluster Bukit Tambun di Pulau Pinang) serta satu kluster komuniti iaitu Kluster D Gana di Sabah.

Katanya lima kluster terbabit mencatatkan kes terkumpul sebanyak 126 kes.

Tambahnya kluster paling banyak merekodkan kes baharu hari ini adalah Sungai Putus (63) disusuli  Tapak Bina Jalan Salak (62), dan DTI Juru (53). 

Katanya sebanyak 10 kluster diisytihar tamat hari ini, menjadikan jumlah kluster yang telah ditamatkan ialah 881 manakala 416 kluster masih aktif. – 21 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen