Bagaimana denda tinggi mampu kekang Covid-19, soal Pakatan Harapan


Persatuan peniaga dan pedagang meminta kerajaan berunding dengan mereka apabila menguatkuasakan SOP – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2020.

PUTRAJAYA perlu menjelaskan tentang keberkesanan kaedah kompaun untuk kesalahan Covid-19 mampu mengekang penularan wabak itu, soal sekretariat Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan, pihaknya berkata masih ada kelemahan pada struktur kompaun baharu termasuk kurang penjelasan tentang prosedur operasi standard (SOP).

“Kami bimbang tentang kompaun yang dikenakan kepada individu tetapi perincian kesalahan belum ditetapkan lagi,” katanya.

Kenyataan Pakatan Harapan itu dikeluarkan selepas satu sidang akhbar gabungan persatuan perniagaan dan perdagangan yang memintan kerajaan untuk berundingn dengan mereka apabila melaksanakan SOP.

Persatuan industri sebelum ini berkata mereka sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mewujudkan SOP yang praktikal.

“Amat mengecewakan apabila SOP dikeluarkan dan mencetuskan ketidakpastian dan kebimbangan.

“Apabila kita cuba menukarnya tetapi sudah terlambat,” kata salah seorang ahli persatuan itu Teo Chiang Kok pada sidang media Rabu lalu.

Teo merujuk kepada denda RM10,000 untuk individu dan RM50,000 kepada pemilik perniagaan yang melanggar perintah kawalan pergerakan.

Awal minggu ini Putrajaya mengumumkan pihaknya bersetuju untuk mengeluarkan garis panduan bagi kadar kompaun termasuk jumlah dan kategori kesalahan Covid-19.

Kadar kompaun kini antara RM1,500 hingga RM10,000 dan pesalah diberikan diskaun 50% atau 25% jika membayar denda dalam tempoh tertentu.

Pakatan menggesa Peguam Negara untuk melihat peraturan baharu itu sama ada mengikut Perlembagaan. – 21 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen