EMPAT kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas dengan masing-masing satu di Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Perak, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata dua kluster melibatkan tempat kerja manakala dua lagi membabitkan kluster komuniti.
Katanya kluster di Pulau Pinang, Perak dan Sarawak dikesan susulan satu ujian saringan terhadap kes bersimptom manakala kes di Johor melibatkan kluster pekerja.
“Kluster Air Tawar di Pulau Pinang, Tanjung Genting di Sarawak dan Pulau Pisang di Perak dikesan berdasarkan ujian saringan.
“Kluster Perindustrian Pekan Nenas di Pontian, Johor pula dikesan selepas ujian saringan dilakukan secara bersasara di kilang pekerja di Taman Perindustrian Pekan Nanas.
“Setakat 20 Mac, seramai 212 pekerja telah disaring dan sebanyak 39 kes positif dikesan,” katanya.
Jumlah kluster yang dikesan di negara ini sebanyak 1,292 dengan 871 daripadanya sudah tamat.
“Sebanyak 421 kluster masih lagi aktif,” kata Dr Noor Hisham. – 20, Mac 2021.
Komen