Polis abai perintah mahkamah, tiada perkembangan kes, kata peguam Indira


Noel Achariam

M Indira Gandhi masih mencari anak bongsunya Prasana Diksa yang dilarikan bekas suaminya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mac, 2021.

PEGUAM mewakili M Indira Gandhi mempersoalkan sikap kurang bertanggungjawab polis kerana gagal menyediakan afidavit bulanan berhubung kehilangan anak perempuannya. 

Messrs Raj and Sach, yang mewakili Indira berkata mereka akan mendapatkan perintah perintah daripada Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung perkara itu pada Isnin. 

Peguamnya Rajesh Nagarajan memberitahu The Malaysian Insight mereka mahu mahkamah memaksa polis untuk menyiasat, memberikan kemas kini tepat pada masanya dan memudahkan kepulangan anak perempuan Indira, Prasana Diksa.

“Mereka (polis) gagal mengemas kini afidavit dan dapatan kepada kami dalam tiga bulan terakhir walaupun ada perintah mahkamah.

“Jadi, apa yang telah mereka lakukan dalam tiga bulan terakhir? Apakah ada usaha untuk mencari Prasana?”

Pada 17 Disember, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Jabatan Peguam Negara untuk mengemukakan laporan terperinci mengenai usaha polis untuk mengesan bekas suami dan anak perempuan Indira seperti yang diperintahkan oleh mahkamah pada tahun 2014.

Pesuruhjaya Kehakiman Bhupindar Singh memberi AGC, yang mewakili polis, tiga minggu untuk mengemukakan 79 afidavit mengenai langkah-langkah yang telah diambil untuk mencari Muhammad Riduan Abdullah dan Prasana.

Ini kerana polis dilihat telah mengabaikan perintah mahkamah pada tahun 2014 dan telah gagal mengemukakan pernyataan afidavit, baik ke mahkamah atau kepada peguam Indira, sejak 30 Mei tahun yang sama.

Pada 10 Januari, Rajesh mengatakan polis hanya mengemukakan satu afidavit sebelum tarikh akhir, tetapi tidak memadai.

Tambahnya mereka (polis) telah berusaha sedaya upaya untuk mencari Prasana dalam enam tahun terakhir.

Rajesh juga berkata bahawa polis harus mengemukakan afidavit tentang perkembangan mereka terhadap kes Indira setiap bulan, jika gagal, mereka boleh dianggap menghina mahkamah.

“Sejak Januari tidak ada afidavit. Kami meminta arahan lebih lanjut dari mahkamah mengenai afidavit yang seharusnya mereka ajukan tetapi ia belum dibuat.”

Riduan yang merupakan seorang mualaf, diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2014 untuk mengembalikan Prasana kepada ibunya. Beliau bagaimanapun ingkar arahan itu dan menyebabkan mahkamah mengeluarkan perintah mandamus yang memaksa polis untuk menangkapnya.

Riduan melarikan Prasana, yang masih bayi pada masa itu, dan kedua anaknya serta Indira setelah dia menukar agama mereka kepada Islam secara sepihak.

Mahkamah memberikan hak penjagaan kepada tiga anak kepada Indira setelah mendapati penukaran agama mereka tidak sah. Sejak itu beliau bertemu semula dengan dua orang anaknya. Prasana yang kini berusia 11 tahun, masih hilang. – 20 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen