KERAJAAN belum memutuskan untuk membenarkan orang ramai merentas negeri bagi pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri memberitahu sidang media bahawa Kementerian Kesihatan akan memberi cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara mengenai perkara itu bergantung kepada kes harian Covid-19.
“Saya tahu semua orang ini tahu sama ada mereka boleh pulang ke kampung untuk Hari Raya tetapi kita belum memutuskannya. Kementerian Kesihatan akan menilai keadaan sebenar sebelum memberi cadangan kepada MKN mengenai isu tersebut.
“Semoga kita dapat merentas negeri jika kes berkurang tetapi kita tidak boleh membiarkan kes meningkat. Kelantan adalah contoh yang baik, dari menjadi zon hijau, negeri itu menjadi zon merah merah kerana perjalanan antara negeri,” katanya.
Sementara itu Ismail Sabri berkata bahawa kerajaan bersetuju untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) di kilang YTY dan asrama pekerjanya di Sitiawan, Perak.
“PKPD akan bermula dari 19 Mac sehingga 1 April selepas 60 kes dikesan di kilang berkenaan,” katanya.
Bercakap lebih lanjut, Ismail Sabri berkata PKPD di sekolah Henry Gurney di Melaka akan dilanjutkan selama 10 hari lagi.
Lanjutan dibuat selepas sekolah it uterus mencatat peningkatan kes Covid-19 yang tinggi.
“PKPD di sekolah itu sepatutnya berakhir pada 19 Mac tetapi selepas 27 kes baharu dikesan, kita bersetuju untuk melanjutkan dari 20 Mac sehinga 2 April.
“Masih ada 171 sampel yang sedang diuji,” katanya. – Bernama, 18 Mac, 2021.
Komen