Muhyiddin tolak selesai isu kalimah ‘Allah’ di luar mahkamah, kata Baru Bian


Raevathi Supramaniam

Ahli Parlimen Selangau Baru Bian berkata Pakatan Harapan mahu menyelesaikan isu kalimah "Allah" di luar mahkamah tetapi percubaan digagalkan oleh Muhyiddin Yassin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2021.

PAKATAN Harapan mahu menyelesaikan isu kalimah “Allah” di luar mahkamah tetapi percubaan digagalkan oleh Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjadi menteri dalam negeri, kata ahli Parlimen Selangau Baru Bian hari ini.

“Menteri dalam negeri ketika itu tidak mahu menyelesaikan isu di luar mahkamah dan mahu mahkamah memutuskan, dengan alasan yang diketahui oleh dirinya sendiri.

“Sekarang keputusan sudah dibuat oleh mahkamah, beliau perlu menasihati rakyat untuk menghormati keputusan itu,” katanya ketika itu memegang jawatan menteri kerja raya dalam satu kenyataan.

Bekas ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau dan beberapa menteri PH yang lain berusaha untuk menyelesaikan isu kalimah “Allah” di luar mahkamah dengan pelbagai cadangan termasuk pindaan terhadap perintah Kementerian Dalam Negeri 1986 yang melarang penggunaan perkataan dan kata-kata agama lain oleh orang bukan Islam. 

Menteri PH ini telah membentuk sebuah jawatankuasa khas. Selain Baru dan Muhyiddin, yang lain adalah bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Darell Leiking, menteri undang-undang VK Liew dan menteri hal ehwal agama Mujahid Yusof Rawa.

Usaha mereka tertumpu pada saman Bumiputera Sarawak Christian Jill Ireland, dia mana dia meminta resolusi pentadbiran berdasarkan Artikel 11 dan 9 perlembagaan yang menjamin hak untuk menganut serta mempraktikkan agama dan kesaksamaanya.

Dia juga meminta mahkamah mengisytiharkan surat pekeliling Kementerian Dalam Negeri pada Disember 1986 untuk melarang kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berpelembagaan dan melanggar undang-undang. – 18 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen