AS, India bakal kerjasama pemulihan pasca-Covid-19 di Asia


India rakan penting di Asia dan AS ingin bekerjasama menyokong pemulihan global yang kukuh selepas pandemik Covid-19. – Gambar EPA, 16 Mac, 2021.

SETIAUSAHA Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen dan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman bersetuju untuk mengadakan kerjasama rapat dalam pemulihan ekonomi global pasca-Covid-19, lapor Sputnik.

“Awal hari ini, Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen bercakap dengan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman.

“India rakan penting di Asia dan Yellen berhasrat bekerjasama rapat untuk menyokong pemulihan global yang kukuh selepas pandemik Covid-19 (dan) memerangi ketaksamaan,” demikian menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan pada Isnin.

Mereka juga sepakat untuk memajukan agenda iklim. – Bernama, 16 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen